Saturday, December 05, 2009

cerita susu kambing segar.



wahhh.. lamenye x update blog....huhuhu..nk kata bz sgt xde pon..tido je yang terlebih hehee..apepon. projek perkambingan Kamro Farm tetap berjalan seperti biasa malahan sambutan amat2 menggalakkan dengan pakej-pakej kambing sembelihan kami..Permintaan untuk susu segar pulak melebihi ape yang kami boleh sediakan..amat2 luarbiasa menggalakkan. Dengan beberapa testimonial yang kami dapat dari pelanggan tetap kami, menunjukkan mengamalkan meminum susu kambing memberi kesan2 yang amat positif..
Telah diceritakan oleh salah seorang pelanggan, seorang surirumah mengandungkan anak sulung pertama, waktu tu umur kandungan 8 bulan..telah mengamalkan susu kambing segar sebagai minuman tambahan .Hinggalah sekarang die masih lagi mengamalkan meminum minuman khasiat ini. DIwaktu sekarang ini, bayi itu dh pun berumur 2 bulan..haaa cerita nye, anak beliau tidak langsung kena demam kuning.
rawatan jaundis bawah lampu biru


Diceritakan lagi bayi tu x pernah pun kena demam atau sakit2 meragam sehingga kini..ermm..itulah yang diceritakan oleh beliau..Mungkin bayi beliau termasuk dalam kategori 50-40% yang tidak kena demam kuning.hehe. Mungkin juga sebab ibu bayi tersebut yang telah BERUSAHA untuk mencegah..apepon Saya bukannye Doktor Manusia bukan juga DR.Vet..hehehe takat cucuk antibiotik kat kambing boleh la..

yup ini cerita jaundis(demam kuning).

Selain itu, ade jugak beberapa pelanggan kami ni dikalangan orang2 berumur yang dh reput tulang (osteoporosis).Selepas ditanya perkembangan mereka menunjukkan mereka2 ni dh boleh bergerak dengan selesa.alhamdulillah.bagus lah kalau camtu.
Saya tidak mahu mengatakan dan mengkaji dengan meminum susu kambing segar ni boleh merawat pelbagai jenis penyakit .Tapi mengapa ia menjadi kegemaran para Nabi kita terdahulu, itu yang sy ingin kaji.Mungkin kah dengan mengamalkan susu kambing tenaga kite bertambah 25% .Tenaga fizikal atau mental.atau mungkin menambahkan daya fokus dan pemerhatian,
Ape pon setiap yang dikurniakan ade hikmah dan rahsia nye tersendiri.

3 comments:

  1. thks for the info lik

    ReplyDelete
  2. Ya, saya setuju, mesti ada hikmahnya... cuma saya masi x selesa minum susu kambing ni....

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:50 PM

    saya setuju tang awak kata "Mungkin juga sebab ibu bayi tersebut yang telah BERUSAHA untuk mencegah.."

    Ibu-ibu yang hamil memang patut jaga pemakanan sbb apa yang ibu makan mmg turut menyumbang kepada tahap kesihatan bayi yang akan lahir nanti.

    ReplyDelete

Salam dan sejahtera semua pembaca..kasik komen sket ea..