PROGRAM 'BICARA TANI'
Bicara Tani adalah satu kempen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menarik minat dan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam sektor pertanian dan industri asas tani.
CARA KEMPEN INI DILAKSANAKAN
Melalui satu siri bengkel bergerak di seluruh negara yang dinamakan:-
PROGRAM BICARA TANI
MANFAAT BICARA TANI
Dengan mengikuti Program BICARA TANI, peserta akan memperolehi faedah-faedah berikut:-
A: Pendedahan kepada maklumat terkini mengenai strategi, hala tuju, usaha, bantuan dan sokongan-sokongan yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi-agensi di bawahnya.
B: Peningkatan dalam minat dan usaha anda untuk menceburi bidang pertanian dan industri asas tani melalui pendedahan kepada contoh-contoh petani dan usahawan yang berjaya.
C: Keyakinan bahawa pertanian itu sebenarnya satu bentuk perniagaan yang boleh menyara hidup dan memberi pulangan yang boleh menguntungkan.
D: Peluang kepada anda untuk memberi maklumbalas kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai dasar, usaha, bantuan dan program yang dijalankan.
FORMAT PROGRAM
Program BICARA TANI merupakan sessi satu hari penuh (one full day session) ini akan dilaksanakan dalam bentuk forum secara bersemuka dengan kumpulan sasar dan akan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut:-
• Hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;
• Program Pembangunan Industri Asas Tani
• Perkhidmatan, Program, Intensif dan Bantuan:
>>Sektor Pertanian
>>Sektor Perikanan
>>Sektor Penternakan
• Pembiayaan, Pemasaran, Penyelidikan dan Perkhidmatan Sokongan
>>FAMA
>>Bank Pertanian Malaysia
>>MARDI
>>Lembaga Persatuan Peladang (LPP)
• Perbincangan Panel/Contoh Kejayaan
SIAPAKAH YANG BOLEH MENYERTAI PROGRAM BICARA TANI INI?
Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada:
• Mereka yang mempunyai minat serta keazaman untuk menceburi bidang pertaniandan industri berasaskan pertanian.
• Graduan yang telah menceburi atau berminat menceburi usaha pertanian dan industri asas tani.
• Usahawan Tani (mereka yang sedang mengusahakan mana-mana projek pertanian atau industri berasaskan pertanian).
• Ahli Persatuan/Koperasi berasaskan pertanian seperti Persatuan Peladang Kawasan (PPK), Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Dewan Usahawan Industri Desa (DUID), Koperasi Usahawan Asas Tani (KUAT) atau Persatuan berasaskan pertanian yang diiktirafkan.
• Pemimpin Tempatan samada dari institusi pentadbiran seperti JKKK atau organisasi politik atau persatuan belia.
• Mereka yang berminat tetapi tidak tergolong dalam kategori di atas
• Berumur 18 tahun ke atas
BILA PROGRAM BICARA TANI INI AKAN DILAKSANAKAN?
Program ini akan dilaksanakan bermula pada 13 Februari 2008
BAGAIMANA CARA MEMOHON?
Permohonan boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:-
a. Menggunakan Borang Penyertaan seperti dikepilkan dalam flyers dan kirim ke alamat berikut:
Urusetia Bengkel Bicara Tani
29, Level 5, Metro Centre,
Jalan 8/146, Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel: 603-9058 1188
No. Fax: 603-9058 0808
Flyers boleh didapati di Jabatan Petanian Negeri/Daerah.
ATAU
b. Menggunakan borang elektronik yang boleh didapati di laman-laman web berikut:-
i). http://www.bicaratani.com.my/
ii). Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani:
http://www.agrolink.moa.my/
BAGAIMANA MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT?
Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah menggunakan salah satu daripada saluran berikut:
Melayari laman-laman web:
i). http://www.bicaratani.com.my
ii). Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani:
http://www.agrolink.moa.my
ATAU
Emel ke alamat:
info@bicaratani.com.my
ATAU
Hubungi Urusetia Bicara Tani.
No comments:
Post a Comment
Salam dan sejahtera semua pembaca..kasik komen sket ea..