Gersang yang di dalam tampak dari kerdipan lesu menggerak langkah penuh pengharapan.Sedetik masa yang berlalu mencipta sendi harapan yang tersisa demi menongkah arus kehidupan.Adakah hari ini ia akan mengubah semula segala titik mula sebuah kerinduan insan hina malang dan miskin di tengah kemashuran peradaban dunia yang pentingkan kebendaan ukuran segala kebenaran.Aku yang terjaga dari lena mendengar sahdu kokok sang setia pada waktu tanpa jemu menjaga amanah tanpa terubah biarpun dunianya seolah berada di kemuncak kenikmatan.Bagaikan terlihat jeritan kalbu dimana hilang senyuman dan suara teman pencari cerita.
Deruan pemandu dan kerahan tenaga dari satu arah memaksa aku memandu tumpuan kepada suara merdu bertanya nilai bagi menghalalkan keinginannya.Aku gembira menyahut sapaan Hassan untuk menyelsaikan kebutuhannya. “Adik nak berapa biji?”. “3biji yang kuning isinya!” katanya.Aku selamba mengatur stretegi munkin alah bisa tegal biasa “Boleh saya tambah sebiji lagi tak cik adik?”. “Kenapa?” tanyanya serius seolah-olah di permainkan. “Kurang seratus gram 5kg bila tambah sebiji lagi boleh sampai 6kg”. “jadi saya kena tambah belian?”. “Tidak saya Cuma nak beri sebiji sebagai hadiah istimewa untuk saudari”.Sambil tersenyum ia berlalu sementara aku dan Hassan tertawa melihat wajah ayunya penuh keceriaan.Perniagaan hari ini sungguh menggembirakan munkin berkat awek tadi kata Hassan pada ku.Jam di h/p menunjukkan jam 530pm jualan hari dah selesai jadi aku bergerak kembali ke mahligai syahdu.Alhamdulillah kami menarik nafas lega tanda kesyukuran.
Hari ini adalah hari istimewa kerana menikmati makan malam kelolaan. hassan yang bersuka rela utk menyediakan juadah.Aku melihat kadar jualan setelah seminggu memulakan perniagaan durian.Sememangnya inilah julung-julung kalinya aku mencuba produk ini.Agak sukar untuk membuat penetapan harga kerana kualiti dan permintaan yang tidak seimbang.Jika dibandingkan tahap pengurusan sekarang agak cemerlang kerana stok dah boleh credit daily dan pelanggan setia yang semankin bertambah.Cabaran utama di sini adalah kos keperluan yang tertunggak akibat pelbagai rintangan yang menemani perjalanan ku memang benar-benar mendewasakan.Adakalanya aku sendiri tergamam melihat kepingan kenangan lalu.Kekuatan sebenar dalam perniagaan pada ku adalah kemampuan untuk ikhlas dengan pelanggan tanpa memperkecilkan rungutan dan bijak menafsir situasi samaada mengikut mereka atau mencipta teori menawan teguran menjadi gurauan.
Tadi hassan ke Bandar untuk mengambil titipanku di sana bersama Rahman adik kesanyangan yang sentiasa tersenyum menyimpan pahit manis perjalanan bersama ku.Mereka yang ku tinggalkan disana masih jauh dari apa yang ku sangkakan>maka terang sudahlah Kata Panglima bumi mana pun sama hanya manusia leka sahaja yang merasa bangga asal usul tanpa fikiran dan panduan menanti saat di jelaskan perselisahan setelah sia-sia segala nikmat pemberianNya.Mereka fikir mereka meguasai padahal rumput yang diijaknya tertawa merakam gelagat kejahilan yang diteruskan.Aku pada awalnya pelik melihat mereka namun inilah dunia yang penuh dengan tipu daya biarkanlah si buyung terjun dengan labu-labunya
Hati aku masih terdetik kisah semalam ketika petang menukar rentak dari cahaya terang untuk menutup hari dengan kehadiran malam menyelimuti kesibukan siang.Pencari arah menemui ku penuh keceriaan bersama perhiasan dunia menambah seri wajah yang menyambut ketibaan.Kemana kalian nak pergi di kegelapan ini bukankah sudah ku jelaskan bahawa cahaya yang di cari telah berabad di pancarkan segalanya sudah selesai hanya menati hari untuk dijelaskan.Timur dan barat telah menjadi saksi bagi kebenaran dan kebatilan.Peradaban manakah yang kalian ambil adakah kejahilan ingin diteruskan atau kebatilan hendak ditinggalkan.
Perancangan untuk hari esok sudah ku siapkan melalui panggilan istimewa melalui pantulan gelombang teknologi dunia modern.Hassan terus tersenyum melihat coretan kami berdua di sini.Biarpun kami sebaya namun pendekatan hidup jauh berbeza. Takdir berkat doa ibu ku jualah yang membawa aku kembali mengorak langkah tinggalan bistari.Dia seorang yang tabah biarpun pelbagai kejutan budaya telah menghancurkan harapan keluarga, aku yakin selagi ada kemahuan kejayaan pasti menantinya.Tiada seorang pun berani menyuarakan pendapatku tentang keupayaan Hassan yang sebenar tapi sesungguhnya inilah dunia, aku gembira melihat gelagatnya yang bersahaja.Syukur atas segala pemberiannya kami teruskan keindahan mimpi bersama.
Dahulu aku di antara suara yang sentiasa mengkritik soal keadilan dalam perlaksanaannya disini, segalanya tampak silap bagi ku namun kini aku akur bahawa bangsa ini hanya menanti masa untuk di kuburkan.Harapan tetap ada sekiranya mereka mahu mengubahnya.Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya ia tidak mengubahnya sendiri sikapnya.Aku menghela nafas panjang setelah menyiapkan aturan untuk memulakan langkah berani dalam meluaskan sumber kewangan.Kalau tak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya walaupun ia bukanlah moto dalam perniagaan tapi itu lebih mudah untuk aku menjelaskan situasi kini.Pagi tadi aku mengambil durian di kampong seperti biasa .Jarak dari sini sekitar 1jam setengah satu perjalanan.Lebih kurang jam9 pagi aku tiba di rumah peraih Pak haji namanya ia seorang yang penyabar dan periang.Sikap yang terbuka membuat kami tak kering gusi setiap kali bertemu,setelah hampir seminggu kami berurus niaga baru hari ni dia menanyakan sedikit tentang hal peribadi ku,dah berapa ramai anak sekarang.Adalah 13 orang kataku selamba dengan terdekah-dekah dia menjawab takkan nak cari durian aje kat sini.Itulah pak Aji ni tengah survey ni mana tau pak aji ada yang lebih harum dari bau durian aku terus control hensem Hassan dan Rahman berdekah tertawa bila pak aji kata kat rumah ni dah sold out.Setelah selesai menimbang durian kami beransur ke lapang sasar untuk memulakan perniagaan.
Segalanya berjalan dengan lancar nampaknya cetus hati kecil ku,seperti biasa aku akan singgah di gerai untuk menghirup kopi o terlebih dahulu sebelum mula niaga di persimpangan .Bukan takde gerai lain tapi nak dapat layanan si manis sambil susun stretegi kenalah ambil berkat dulu.Zaman sekarang ni walaupun ekonomi meleset tapi kebanyakkan anak tempatan lebih suka bekerja tetap dari berniaga sendiri atau dengan keluarga.Aku gembira melihat situasi disini kerana mereka ceria melayan sesiapa saja yang singgah disana dengan keadaan gerai yang masih dalam proses pembesaran>Sesungguhnya aku kagum dengan kegigihan sesiapa sahaja yang sentiasa memperbaiki tahap pencapaiannya tapi aku secara peribadi tiada minat menyekori bentuk perniagaan orang lain.
Setelah hampir 2jam berniaga sambutannya memang menggalakkan tapi fikiran ku masih melayang mencari sumber yang lebih mudah untuk diperniagakan.Aku mengambil keputusan untuk cuba bidang masakan kerana pada ku Hassan ada bakat semulajadi.Setelah selesai jualan durian aku singgah di pekan membeli persiapan.Aku memang memiliki pengalaman dalam dalam bidang ini kerana aku pernah menguruskan warung roti canai di Kampung Baru K.L.Apabila terkenangkan Warung itu menyimpan beribu ingauan suka dan duka hidup diperantauan.Betul ke kita nak niaga makan esok sergah Hassan membangkitkan daku dari lamunan.Bukan banyak sangat nak beli Cuma tempat niaga je yang aku tak yakin nak buat duit dalam masa singkat membuat aku berbelah bagi.Setiba di rumah aku mula mengemas barang lama yang tersimpan di belakang .Nampaknya banyak juga yang masih boleh di gunakan,Sementara Hassan sibuk didapur masak sup sayur katanya.
Pak cik rasa lebih baik kau tak payah niaga hari ni` kenapa pulak saya nak cuti, lagi pun saya baru bancuh cendol ni tak kan saya nak buang pulak.Penguasa Bandar tengah operasi kat sebelah sana itu yang pak cik balik awal ni katanya tergesa-gesa lalu mengucapkan salam dan terus berlalu.Sampai bila lagi kita nak hidup macam ni,ke sana ke mari di buru hanya kerana ingin meneruskan hidup dengan usaha halal.Bukan kah kerajaan dahulu menyeru agar anak tempatan menceburkan diri dibidang perniagaan tetapi kenapa jadi begini.Berbagai kepayahan telah aku lalui untuk bertapak di sini dan aku telah meminta kebenaran kepada pihak yang berkewajipan dalam mengurus kebajikan islam di tapak ini namun hingga sekarang tiada jawaban.Aku boleh puasa kalau pasal makan tapi bayaran ansuran untuk van kesayangan aku mana Syarikat pinjaman nak sabar dengan jawapan tanpa di sertakan nilai yang dipersetujui.
Sebelum ini aku bekerja dengan sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran walaupun aku memperolehi pendapatan yang lumayan namun keadaan ekonomi yang tidak menentu membawa aku kembali di negeri kelahiran.Sebenarnya aku lebih suka untuk menyewa tapak ekspo atau berlesen tapi ini yang di namakan hidup kita kena sesuaikan keadaan dengan pengalaman.Barangan perniagaan yang berorentasikan makanan bermusim perlukan masa, tempat dan pelanggan untuk mendapat sambutan,Dahulu aku memilih buah-buahan kering memulakan perniagaan .Aku pernah menyewa tapak ekspo di pertandingan Layang-Layang sedunia pada bulan pertama aku kembali disini sambutan disini amat menggalakkan.Ia berlangsung selama sepuluh hari.Aku bersama tiga rakan makan dan tidur dalam van selama di sana Kalau nak sewa bilik hotel memang ada tapi sapa nak jaga barang lagi pun sekali-sekali musafir macam ni pun seronok juga.Kami menumpang mandi di masjid berdekatan.Aku mendapat ramai kenalan baru yang juga beria ia mengajak aku join bisnes diorang tapi padaku inilah bisnes terbaik kerana tiada risiko rosak Cuma agak payah nak dapat lokasi stretegik.Brader jual kurma dengan kismis ni ada orang nak beli ke kalau bukan bulan puasa Tanya teman baru yang sama-sama menyewa gerai bersebelahan dengan ku.Alhamdulillah jawabku selamba Kalau tak untung takkan aku nak niaga cetus hati kecilku.Niaga otak-otak ni dulu popular kat Sentosa tanyaku menukar tajuk perbualan.Sinagapore,tanyanya.Bukan jb,dulu aku pernah duduk sana lebih kurang 10 tahun lepas tapi waktu tu tak ramai orang niaga.Dulu niaga memang bagus tapi sekarang dah slow sikit.Sebenarnya niaga macam aku buat ni dah biasa kat ibu kota Cuma kat sini aje yang agak kurang tapi baguslah pasal tak de saingan.
Aku tertarik melihat gelgat abang Rosli dia sibuk melayan pelanggan popia basahnya yang sanggup beratur menunggu giliran.Dia seorang yang murah hati kerana walaupun kami baru kenal tapi dia suka mengajar kawan ku membuat kuihnya asalkan minat ada.Sekarang ni baru lepas raya puasa mana ada ekspo sangat kalau ada pun munkin 2/3 bulan lagi jadi aku mesti memulakan langkah awal mencari tapak lain.Jualan sepanjang ekspo mencecah hampir dua ribu ringgit tapi aku masih tiada tempat nak tuju.Nak balik niaga kat UTM sekarang ni diorang cuti semester agak-agak kaorang mana kita niaga.Rahman yang juga ada bersamaku waktu itu kerana dia belum tamat pengajian juga menggeleng kepala tiada jawapan.Dia memgambil pengajian di UtM di bidang kejuruteraan mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan tapi aku lebih suka dia menumpukan pada pengajiannya.Dia salalu merungut tentang pergaulan dan arah tuju setelah tamat pengajian kerana ramai temanya yang masih menganggur.Selesaikan satu persatu dulu nanti bila dah tamat baru fikir apa nak buat kau ingat senang ke orang nak duduk tempat kau berdiri sekarang,Cuba renung berapa ramai orang berendam air mata tak terpilih menyambung pengajian di menara gading ini kau terbalik pulak.okey katanya mengakhiri teguran. Ku di iringi tawa kami.
Aku sendiri tak dapat menyambung pelajaran kerana secara jujur aku tak ada kesungguhan belajar sewaktu di peringkat menengah.munkin kerana Zaman persekolahan ku ekonomi tengah rancak berbagai peluang tersedia untuk dinikmati lagipun aku ada bakat dalam nyayian jadi terjadilah apa yang nak terjadi……….no komen tapi aku tersenyum mengenang kisah lampau yang dah berkarat nak ingat.Aku masih ingat teguran keluarga ku yang sememangnya semuanya ahli akedemik bahawa pelajaran bukan untuk pekerjaan tapi survivor.Sekarang aku faham tapi peka hidup mesti ada impian peribadi yang tersendiri yang penting halal.
Oleh kerana tiada kata putus maka kami hanya mengambil keputusan untuk cuti dua hari cari akal mana nak pergi.Kebetulan tahun ini raya berganda dengan tahun baru cina jadi aku nekad untuk berniaga di kawasan peranginan pantai timur negeriku.Aku bertolak jam 5am bersama Waji teman serumah Rahman yang juga memiliki minat dalam perniagaan tapi dia sebelum ini bekerja sebagai mekanik jadi barangan perniagaan yang aku bawa agak janggal baginya.Setiba di sana aku melihat ramai peniaga telah mendahului ku tanpa berlengah aku berbual dengan salah seorang dari mereka dan perkenalan singkat memberi ruang untuk aku mulai dengan mencari lokasi terbaik.Kawasan peranginan itu memeng menyediakan tapak untuk peniaga sepertiku jadi segala masalah akan ada pihak pentadbiran yang mengambil berat.Aku dikenakan bayaran sebanyak rm25 sehari.Bolehlah dari kena halau kan lagi baik kerjasama.Cuaca agak suram pada hari itu namun kedatangan pelawat nampaknya memuaskan hati.Ramai pelawat yang singgah disana kebanyakkanya dari kota dan ada juga dari singapura.Walaupun mereka letih dalam perjalanan namun hembusan angin yang menghempas ombak kepantai memberi kesegaran serta merta.
Kutipan untuk jualan di san juga tidak mengecewakan hanya peristiwa cemas disebelah petang amat memiluka hati apabila unit penyelamat pantai hadir setelah ada panggilan kecemasan serang pemuda lingkungan 19tahun dikataka lemas.Lebih kurang jam 530pm salah seorang warisnya hadir di geraiku bertanyakan tentang kejadian itu.Aku pilu melihat wajah-wajah sayu yang terpapar di balik senyuman hibanya.Inilah takdir ketentuan sesungguhnya aku pasrah dalam keheningan itu.Aku mulai mengemas barangan untuk mencari lokasi rehat kearah pantai sedeli kerana aku pernah singgah di sebuah rumah tumpangan disana.Selesai solat jamak maghrib dan isyak aku bergegas kelokasi.Suasananya masih seperti dahulu keadaan angin yang bertiup nemang agak kencang sentiasa.Tiada bilik kosong untuk aku jadi macam biasa kusyen van aku ada so masaalah selesai.
Pada awalnya aku memang bercadang untuk berniaga sehari lagi namun cuaca yang tidak mengizinkan menyingkatkan niatku.Selamat tinggal Tanjung Piai semoga kita bertemu lagi Insyaalah.cetus hati yang agak memilukan.Peristiwa disana menerbitkan perasaan insaf akan kejadian manusia yang ada awalnya pasti ada yang menciptakan bertapa kecilnya insan ini dalam membuat pertimbangan.Aku kembali ke rumah sewa ku dengan penuh harapan untuk meneruskan perjuangan.Sampai bilakah keadaan ini harus aku lalui rasanya seolah longlai sudah sendi ku menyeret impian.Aku pasrah pada keesokan hari untuk ke kawasan masjid di bandaraya dan bersyukur apabila ada peluang untuk aku berniaga di sana.Setelah hampir seminggu aku kebingungan aku tiba di perhentian yang istimewa ini keizinan yang aku perolehi dari orang lama yang telah bertapak hampir 30tahun disana memberi nafas baru bagiku.Ada lebih kurang 20 orang peniaga yang mencipta peluang perniagaan luar biasa disana.Sebenarnya disana adalah salah sebuah lokasi perlancongan utama negeri jadi ramai pelancong dari Jepun,Korea dan eropah berkunjung dari Singapura.Sekurang-kurangnya hampir 30 buah bas sehari.
Aku janggal disini kerana tukaran wang yang diamalkan agak mengelirukan.Setelah ditegur oleh orang lama disana aku mengerti bahawa ia lebih menguntungkan.Segalanya agak mudah disini kerana tiada saingan disamping sambutan yang diluar jangkaan dari pelanggan dalam dan luar negeri.Ini dah macam bursa saham pulak tetapi aku sedar takkan semudah ini aku nak berjaya.Pada keesokan harinya aku menyambung semula routin harian sambil mula belajar tentang selok-belok perniagaan di sini seperti yang ku jangkakan penguasa Bandar datang meminta aku menutup perniagaan dengan hati yang gundah aku akur dan terus ke taman berhampiran mencari peluang lain.Aku tetap menyimpan impian untuk kembali ke tapak masjid satu hari nanti.Inilah yang dikatakan survival di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Aku berkenalan dengan seorang penjaja air kelapa muda di tepi jalan untuk mencari peluang niaga yang kebetulan ada tapak sewa yang tak beroperasi kerana tiada kakitangan yang sesuai katanya.
Pada kiraan aku lokasi yang diberikan menarik dan boleh di pelbagaikan jadi tanpa membuang masa aku setuju dengan kadar sewa dan skim yang aku mampu untuk melaksanakannya.Sebenarnya ia adalah tapak milik persatuan penjaja negeri tetapi mengikut kata kenalan baruku ia telah mengikat kontrak dengan persatuan penjaja negeri untuk mengelolakannya jadi aku merasa selamat untuk menerima perjanjian dengannya.Aku gembira menguruskan gerai ini kerana ia bertepatan dengan sasaran lokasi yang aku cari.Aku mula membeli perkasas seperti balang kaca dan menggabungkan buah-buahan tempatan dan buah-buahan kering dari timur tengah.
No comments:
Post a Comment
Salam dan sejahtera semua pembaca..kasik komen sket ea..